Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Friday, December 7, 2012

My 3rd Pregnancy

Assalamualaikum

Whoopss!
Tergezut x baca title entry ni
3rd Pregnancy?
Bukan ke bulan April 2012 I baru je bersalin bby yg ke-2?
HeHeHeHe
* senyum lebar sampai telinga *

Yes I'm Pregnant!~
Mikhael & Malik akan dapat adik!!!!~
Sekarang baru 16weeks aka 4bulan
Expected to deliver on 21st May 2013

Last Monday dah scan and dah tahu gender baby
InsyaAllah. 
Semoga semuanya berjalan lancar
Amin

* super excited *


thanks for reading! xoxo

Friday, August 3, 2012

Love Of My life.. xoxo

Assalamualaikum

Salam Jumaat. 
Rasanya I x pnah kot upload pic baby I yg 2nd kat sni
Well, happy viewing :)
Since ada instagram, suka sgt2 upload gamba.. hehehe


* Wan Malik Zikrullah *


* WMZ with WME *

Ni plak pic I dgn Abg Mikhael yg demam panas. Seminggu warded.. cian dier...

* baru bangun tido *

* pandai die pose *


Gaya Tido bebas ' Anak Bujang '




thanks for reading! xoxo

Monday, May 7, 2012

3 Hero Kesayangan Ku

Assalamualaikum

It's been a looooooonnnggg since my last entry
Banyak peristiwa penting yang berlaku tapi I tak sempat nak story kat sini
Nevermind, I akan story gak tapi di lain entry

Okay, for your information, on the 21st April 2012, I dah selamat melahirkan baby lelaki seberat 3.16kg
Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Ilahi kerana proses bersalin kali ni boleh dikatakan senang dan cepat. 
Sakit? Memang sakit tapi kalo nak compare dengan bersalinkan Wan Mikhael Zaydan, itu lagi sakit.

Nampak gaya hasrat I nak dapat baby girl tak kesampaian lagi
Takpelah, semua ni rezeki dari Ilahi kan
Mana tahu thn dpn I dpt baby girl.. Ops!!~

So sekarang I dah ada 3 Hero yang KACAK!
Si chenta hati, Wan Mikhael Zaydan & Wan Malik Zikrullah
Mama SAYANG KAMU B'3  <3

 


YES, Wan Malik Zikrullah sangat ADORABLE <3
 
p/s: masa tgh sakit bersalin, tetiba I terfikir yang 'susah'nya nak menghapuskan semua dosa2 dan betapa tinggi nya martabat Ibu kerana Syurga dibawah Telapak Kaki Ibu.



thanks for reading! xoxo

Friday, February 3, 2012

kisah 28 minggu

Assalamualaikum

Lama sangat I tak post entry baru
Hampir sebulan okay!~
Hurm I mmg busy sangat, banyak kerja-kerja di office
Baru je settle dengan Year End Closing 2011
MA report dah sampai ke version 4
Sekarang just waiting for external auditor jelah
Okay enough about my work

Diam tak diam, kandungan I dah mencecah 28 minggu, iaitu 7 BULAN
ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan dan kekuatan pada I
3rd trimester, siapa yang tak excited kan?
Dah bole prepare barang baby dalam kereta
I AM EXTREMELY EXCITED!!~
Okay, dlm entry I yang dulu, I ada mention psal I xde morning sickness, compared dengan mengandungkan Mikhael, 1st 3month agak suffer
But mengandung untuk kali ke-2 ni, maybe Allah nak menguji I, turunkan dugaan kat I, pinggang I selalu sakit
Sampaikan kadang2 I hanya mampu baring je atas katil
Pinggang I started sakit since bulan ke-6 lagi
I dah mkn kalsium and minum susu Anmum
I fikir positif je, semoga kesakitan yang I tanggung sekarang, akan mengurangkan tahap kesakitan masa I nak bersalin nanti
InsyaAllah

* okay itu kisah pasal I *
* now kisah psal chenta hati pulak *

I tak suspect langsung pon yang Chenta Hati MENGIDAM!!~
Masa kandungan I 6 bulan, chenta hati asyik nak makan Yee Mee Sizzling
Just imagine dalam masa SEBULAN, every weekend, kitorg ke Tesco / JJ sebab nak makan yee me sizzling
To be frank, I memamg dah naik muak
Tapi I layankan aje :)

Last 2 weeks, chenta hati cakap macam teringin nak makan seafood kat De'Muara, Klang
Terus I suspect yang chenta hati I nih memang sah kena 'penyakit mengidam'
So, masa cuti umum Hari Wilayah, 1st February, kitorg pon pergi makan kat sana
Lega I dapat tengok chenta hati makan
Kemain lagi dengan sotong & udang goreng tepung, Ikan Siakap Masak 3 rasa, dan Ketam masak cili
Total bill dalam RM 84.00
Okay la tuh kan sebab sotong, udang and ketam memang besar2 and fresh!

Semalam pulak, chenta hati ada msg I, bg tahu die baru je balun makan satay perut
adoii... kemain lagi selera die
this weekend I nak tengok, ape je yang die ngidam!
hehehehehe
Seronok okay layan suami yang mengidam
Rasa COMEL!!~

Okaylah
I rasa setakat nie je story I
Sebelum tu, I hadiahkan gamba paling I sayang sekali
1st time dapat bergamba bertiga!
Time Raya Puasa hari tuh siap boleh TERlupa nak amik pic!
Ade pon pic whole family chenta hati la, itu pon PIL i ajak amik pic kat studio

semoga kebahagiaan milik KAMI dunia akhirat. Amin.

myself during 24 weeks. eh. eh. baju and tudung yang sama!. kantoi ;p


thanks for reading! xoxo

Saturday, December 31, 2011

2011 in memory

time really flies
tak sangka hari ni hari terakhir untuk tahun 2011
sepanjang 365 hari, memang banyak perkara yang berlaku
ada yang gembira, ada yang duka
sebenarnya itulah yang mencorakkan kehidupan 
antara kisah gembira dalam kamus hidup I sepanjang tahun 2011, yang paling 'impossible' untuk I lupakan ialah detik 11 February 2011

11022011
titik permulaan baru dalam hidup I sebagai seorang ibu kepada putera sulung I, Wan Mikhael Zaydan
genap setahun anniversary yang pertama, I dikejutkan dengan berita gembira yang I sah hamil
hati wanita mana yang tak terusik kan?

saat untuk melahirkan WMZ ke dunia memang mencabar
menanggung sakit hampir 14jam, akhirnya jam 520petang Jumaat, I selamat melahirkan WMZ secara normal
Alhamdulillah
sakit?
hanya Allah shj yang tahu

 WMZ (3.56 kg)
 hari pertama dia melihat dunia setelah 9bulan dlm perut mama :)

dan sekarang WMZ hampir 11 bulan


penat?
ye benar, memang penat menjaga anak
lebih2 lagi wanita bekerja, perlu mengorbankan masa kerja untuk anak
anak sakit, ibu yang amik cuti untuk jaga anak sebab kasihkan anak
anak masuk ward, ibu yang tidur ward dengan anak
anak menangis, Ibu yang dulu yang pujuk sampai reda

menyesal?
tak pernah terbit langsung dlm hati and dari percakapan I
sebaliknya, I bangga dan bersyukur


si hensem kecil mama & papa


tahun depan, WMZ bakal dapat 'adik baru'
Alhamdulillah



thanks for reading! xoxo

Thursday, December 29, 2011

DIA Dekat Dengan Kita

* Don't Let The Shadows Of Yesterday Spoil The Sunshine Of Tomorrow *


Semalam I *sengaja* tak masuk office.
Rasa sakit hati still terasa
I sendiri keliru kenapa I mudah sangat tersinggung and mudah sangat 'Stress'
Sebab pembawakan baby ke?

Kwn2 I ada yang advice I supaya bersabar
' tak elok untuk baby Lyn, jangan fikir sgt la '
Ye benar, memang pon I sedang belajar bersabar
Namun jauh di sudut hati, Allah sahaja yang tahu

Chenta Hati terkejut bila I blk rumah dlm jam 1030am
Yelah I buang masa I termenung kat MCDonals KL Sentral hampir 2jam
Habis 2 cawan coffee
I cuba untuk mencari solution tapi I gagal

I noted chenta hati  always wanna make me happy, and he suggest pegi Alamanda tgk wayang.
Tapi I tak nak. Bukan ape, I rasa sangat serabut.
Dengan perut I tetibe sakit, and baby pulak aktif kicking perut mama die :)
* ni mesti lasak mcm abg die *

The whole day I senyap je sampai makan pon kena paksa! Alahai I memang menyiksa diri I
* that's the real me *

*
*
*
*
*
*
*

Malam tu lepas tidurkan si handsome Mikhael, I tak boleh tidur. Takpelah I berjaga sekejap tggu chenta hati blk. Dalam jam 12am chenta hati blk, I tgk je muka dia tanpa ckp pape. Still I tak mampu nak luahkan apa yang bersarang dlm hati I kat dia. I rasa bersalah nak bebankan dia dengan masalah I.

Dalam jam 1.20am, I pon amik wudhu. Nak solat. Mmg I nak solat pagi-pagi mcm ni sebab sunyi and tenang. Masha'Allah, bila i sebut Allahu'akbar, terus air mata I mengalir. Seriusly I menangis teresak2. Hampir seharian I cuba untuk menangis dan meluahkan masalah I kat suami I sendiri tapi I gagal untuk berkata2.
Tapi hanya dengan perkataan Allahu'akbar, I boleh menangis mcm budak kecil.

Memang benar apa yang I pernah baca dlm tweet @StunningHijab ' Don't cry on any1's shoulders, it is better 2 cry in Salah because Allah is counting ur tears & He will not leave you empty handed, that is 4 sure '

Sepanjang I solat semalam, hati I tenang sangat-sangat!
Dan hari ni I sangat ceria masuk office.
I bertekad untuk menguatkan semangat I dan mengabaikan segala kata-kata busuk dari Si Polan bin Polan.

I ingat pesan Bonda, selalu baca Al-Fatihah & Ayat Kursi :)


thanks for reading! xoxo

Wednesday, December 21, 2011

Mikhael yang semakin pandai ber'possing

Pagi yang sangat indah pada seorang Mama bila sedar dari tidur yang lena, baby comel di sebelah sudah terjaga sambil merenung muka Mama dengan penuh kecomelan

Ahahaha apa punya bahasa

Jadi si Mama pon tanpa membuang masa terus mengambil smartphone dan meng'snap beberapa keping gamba


elok je Mikhael pandang camera


Dah start feeling-feeling


Ececece nanti Mama hantar Mikhael kat Majalah Pa&Ma keh!


thanks for reading! xoxo

Friday, November 11, 2011

11.11.11 is a beautiful date when my baby turns to 9 months


Alhamdulillah
hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari, tarikh pon chantek, 11.11.11 Mikhael dah pon berusia 9 bulan
terasa masa berlalu cepat sgt
sbb mcm br semalam dia keluar dr perut i yg comey ni
( sbb mikhael lahir pada petang Jumaat )

hurm ape ekh ragam die skrg?

yg i nampak, die makin manja, makin BANYAK CAKAP, suka panjat2 dan sangat lasak
susah sgt nak amik gamba die sbb die x bole duk diam
Grrr geget baru taw!~

gamba yg ke-6 baru mikhael nak pandang camera btul2




thanks for reading! xoxo

Friday, October 28, 2011

mama.. mikhael comel tak?

mama, mikhael comel x? ngee~


thanks for reading! xoxo

Saturday, October 22, 2011

cerita tentang dia

waah! title tue agak gempaq tak?
tentang dia.. bukan lagu or movie indon yg pernah msk wyg 4thn lps
sebenarnya i nak story psal kandungan i yang dah pon 3 bulan ni
Alhamdulillah
to be frank, i mmg nak second child dlm jangka masa 2-3 thn slps i gave birth to Mikhael
tapi, nie bkn 2-3thn tapi selepas 6bln, i dah pregnant
siapa la i nak menolak rezeki dari Allah
most of my friends selalu cakap ' ala korg TERBABAS la tu '
so bila i bg taw kat hubby, mmg dia marah sgt la
hubby ckp ' xde istilah TERBABAS '

the best part is masa bulan puasa, all of sudden, i  teringin nak berbuka dengan air sirap + asam boi
i pon tanpa syak ape2, ckp la dgn bdk2 dept.
dorg pulak usik2 ' eh eh kak alynne ni. teringin? lain mcm je '
i sengih jelah mse dorg usik.

few days lps i berbuka air sirap + asam boi, i nak minum air tebu
demi Allah, gerak hati i lain je
mcm x bagi i minum air tebu
kira nye hati i ckp mcm ni la ' ish..tebu kan tajam. boleh menggugurkan kandungan '
tapi i pedulik ape kan! habis 1 jug air tebu i minum
masa tuh perut i rse senak semacam.
tapi i wat slumber jek! ahaks!

ntah mcm ne i bole ckp dgn diri i ' ala kalo Allah nak bagi rezeki, Kun Fa Ya Kun. hidup mati bukan bergantung pada air tebu ni! '





tup tup! i kira2, i dh lewat dtg bulan 5 hari!
OMG *sambil wat muka terpinga2*
i trus beli pregnancy test
tgk! mmg 2 line tapi yg lagi 1 line tuh agak samar2
i bagi taw hubby, die bole sengih2.. *geram*

3 ari lps tuh i beli lg 1 pregnancy test yg agak mahal
konon test yg pertama tuh x btul sbb beli yg giler murah la
sama gak result die! dua line tp yg 1 line samar2 gak

akhirnya....
utk menyedapkan hati i, i tarik hubby gi klinik
*xde la tarik pon,.hehehe*

doc pon mengesahkan yg i mmg pregnant
hubby? mcm biasa....dengan sengih semacam die! *geram taw*




thanks for reading! xoxo

Sunday, October 16, 2011

kesayangan 'ama' dah pon 8 bulan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, tanggal 11 Oktober 2011, Mikhael dah pon 8 bulan. Time really flies. Mikhael dah banyak berubah. dah pandai kenal 'ama'. pantang 'ama' blk dr keje je, trus menjerit nak mintak dukung. pastu melentok kat bahu sambil peluk 'ama'. so sweet of you syg. 

the best part yg I rase nak menitis airmata is Mikhael dah pandai panggil I 'AMA'. although bkn sepanjang masa dia panggil I mcm tu, tp bila die merengek2 nak tarik perhatian I, he would call ama..ama..amaaaaaaa....

another good progress of him are dia mula merangkak dan memanjat! 2 in 1 okay. dia pantang nampak brg2 kat lantai. laju je nak amik dan geget. I did discuss with chinta hati, nak transfer some of brg2 kat ruang tamu rumah ke blk store. biar ruang rumah lg besar, so that dia bole merangkak puas2.

pantang nampak camera senyum je

ini ialah adik Mikhael. Mse scan br 8weeks. 
now dah pon 12weeks




thanks for reading! xoxo

Tuesday, September 13, 2011

jeruk oh jeruk

okay aku x taw knp all of suddent aku ngidam nak mkn JERUK tahap org kebulur

ce tgk gamba bwh ni

agak2 korg terliur ke?

giler sedap!


auuww x bole tahan!

eh eh korg x taw ke aku pregnant utk 2nd baby?
wink-wink


thanks for reading! xoxo

Sunday, September 11, 2011

mikhael turns to 7 month old

Alhamdulillah
hari ni 11th September 2011, bukan nak mengenang peristiwa World Trade Centre okay
hari ni baby kesayangan i dah pon berumur 7 bulan
makin hari makin hensem like his papa
makin hari makin lasak like his papa
makin hari makin talkative like his papa
like papa like son

hensem kan saya!


thanks for reading! xoxo

Tuesday, August 9, 2011

happy birthday to papa mikhael

dearly papa mikhael a.k.a my chenta hati

Happy Birthday to you!
May Allah bless our family

Mama & Mikhael CINTA & SAYANG papa!

my heroes

thanks for reading! xoxo

Sunday, July 3, 2011

setiap pertemuan....pasti ada perpisahan...

" bertemua & berpisah
itu adalah adat manusia biasa
hilang dimata tapi dihati tidak lupa "
*jeng jeng jeng*
 
dont jump into '-ve conclusion okay
it has nothing to do with my marriage
i'm happy & i'm blessed with my family




last Thursday, company i buat farewell party to my BIG boss
* tapi boss i kecik je org nye *
 
it was a small party and yg invited pon only org2 tertentu sahaja
  to be frank, bila boss i dah tender resignation, i rasa sedih jugak sebab beliau adalah insan yang berhati mulia
although beliau agak 'cerewet' dlm bab kerja but in the end, kerja yg beliau suruh i buat mmg memberi impak dalam kerja2 i
 
beliau merupakan ex-P********
so segala bentuk kerja or report2 yg pada pandangan i agak rumit and leceh, tapi sebenarnya itulah cara kerja org2 P********

at first, i susah nak get along dgn cara beliau bekerja
especially dlm byk2 staf dlm department i, i sorg je yang selalu kne tukar JD
* dah setahun setgh i kje c2, dh 3x i changed JD *
but as time goes by, tanpa i sedar sebenarnya I'M LUCKY to be the chosen one.

sepanjang setahun setengah i berkhidmat dgn beliau, byk kali i kne tegur tapi teguran beliau amat membina
* itu pon setelah sekian lama baru nak sedar ( T_________T ) *

i dah pon add beliau dlm facebook
sebab i mmg x nak lost contact dgn beliau
in future, if anything's up, bole la i mintak pape pendapat

to Mr MIMJ
thanks for sharing your experience knowledge to us
thanks for being kind and soft spoken to me (err...soft spoken versi ayat pedas,,heee)
thanks for your jokes
* alyn, knp hari ni blusher x merah? *
* alyn ---> fashionista in the dept *
 
last but not least THANKS FOR YOUR PUJIAN ---> STAFFS YOU PALING LAWA DLM SUME DEPT.
* KAMI KEMBANG BONTOT UTK 10 SAAT *
 


thanks for reading! xoxo

Friday, June 24, 2011

bila Mikhael dan pandai meniarap............

the best-est part of being a mama is to watch your baby growing up step by step
Alhamdulillah 
baby i dh pandai meniarap
genap je die masuk 4 month, automatically  pandai meniarap sendiri
before this kalo die nak meniarap, i tolong
now, he can do it on his own
*good job mikhael*
this time i have to be EXTRA careful because dia dah start SANGAT lasak2 and suka jerit2 dan SANGAT suka bercakap *talkative*
(like father like son okay)
yang paling i risau bila dia tidur
i risau SANGAT2 sbb kalo die tetibe berjaga nak susu, die terus pusingkan badan
SANGAT risau kalo2 die lemas / jatuh katil je


my fren gave advice : jauhkan selimut and bantal and kalo boleh, tak perlu berbantal (for the time being)



happy viewing

*air liur meleley*

comel tak! hihihihih


p.s: lps meniarap...merangkak....owh yeah! i SGT excited!



thanks for reading! xoxo

Monday, June 20, 2011

bila Mikhael selsema........

okay hari nie i tak kje
my little baby busyOok tak sehat
mikhael selsema & batuk since saturday
kesian tengok die
x mo orang lain pegang
i jelah yg dukung die

cepat3 sehat ye sayang
mama & papa risau

p.s: x mo la amik pic die x sehat. sedih je tgk muka die muram


thanks for reading! xoxo

Saturday, June 11, 2011

my lil star Mikhael turns to 4 Month!

time flies so fast
and today he turns to 4 month old!
Alhamdulillah. 
he's getting bigger & stronger!
* smpi mama x larat nk dukung lama2 *

weight : 7kg
height : 65.5cm
ops! mikhael lelaki sejati okay! untie has saje je try headband tu kat dier!

mama & papa lovED mikhael
xoxo

thanks for reading! xoxo

Sunday, June 5, 2011

Our 2nd Anniversary

حَمْدُلِلّهِ 
hari ni genap 2 thn usia perkahwinan i bersama chenta hati
byk saat manis & pahit, ketawa & menangis dlm tempoh nih
tp biasa lah itu semua kan asam garam rumahtangga
thn lps, date yg sama, i tgh pregnant sebulan
dan thn ni, i dah ade Wan Mikhael Zaydan
* thn dpn agak2 dh ade bby girl kot *
i sgt2 bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala2nya
semoga kebahagiaan ini milik kami selamanya
kpd chenta hati : terima kasih chenta kerana menjadi suami yg SGT BEST
kpd bby mikhael : mama syg mikhael sgt2 & mama akan buat yg terbaik utk mikhael keh! InsyaAllah

thanks for reading! xoxo

Monday, May 30, 2011

goodbye mr. P

hu hu hu 
who's Mr. P?
ops! don't get wrong
Mr. P is not my scandal or what-so-ever but Mr P is 'Mr. Percubaan'
* percubaan memandu kereta dalam tempoh 2 tahun *
he he he
7 May lps i br je abis 'P'
* sila JANGAN gelak! tampaq kang bersepai gigi *
dlu i pnah wat entry psal i amik lesen
sila bace di sini Lesen Kete

thanks for reading! xoxo

Related Posts with Thumbnails