Assalamualaikum
Rasanya sblm ni aku ada post entry ttg dugaan yg menimpa aku
Entah kenapa, hati aku memberontak nak menulis, nak meluahkan apa yang tersirat di hati aku
Dari luaran, pada pandangan mata rakan-rakan, mungkin aku nampak bersahaja.
Ya benar.
Aku bukan seperti dahulu yang 'cepat melatah' apabila diduga
Aku belajar untuk berdiam diri
Aku belajar untuk tidak meluahkan kpd sesiapa
Aku belajar hanya meluahkan pada Nya sahaja
Aku lemah
Aku tidak kuat
Air mata aku boleh mengalir pada bila-bila masa
Tapi aku tahan
Aku kuatkan semangat aku
Aku tidak memberontak pada pihak tertentu
Aku takut untuk memberontak
Aku takut tak dpt 'redha dari Nya'
Aku tahu setiap manusia tak terlepas dari ujian hidup
Dan aku tahu Allah sayangkan hamba-hambaNya
Ya Allah
Semoga aku masih mampu mengukir senyuman yang manis dalam menghadapi dugaan hidup ini
Aku redha dengan ketentuan ini
La Tahzan - Jangan Bersedih
No comments:
Post a Comment
Hi. Please show your LOVE here.. xoxo