Friday, June 8, 2012

Tenanglah Kau Disana

Assalamualaikum
Tanggal 31 May 2012 tak mungkin aku lupakan hingga ke akhir hayat aku
Abang kandung ku yg pertama (gelaran dlm family abg long), telah pergi mengadap Ilahi
Hari ni sudah seminggu arwah pergi meninggalkan kami
Aku bagaikan tak percaya dengan apa yg dah berlaku
Semuanya terasa sangat cepat berlaku
Baru sahaja 12May2012 kami berkumpul sekeluarga bersama
Dan pada 31May2012, arwah pergi untuk selama-lamanya

Arwah meninggal pada umur 40 tahun, akibat kemalangan jalan raya
Arwah mengalami pendarahan yang teruk dikepala dan terus meninggal di tempat kejadian
Ya Allah, setiap kali aku teringat, aku sebak memikirkan kesakitan yang arwah tanggung sehingga hembusan nafasnya yang terakhir
Masih lg terngiang difikiran ku kata-kata arwah pada anak kedua ku yg ketika itu br beberapa minggu ' knp rambut  semua ikut Syuib?' Ketika itu aku hanya mampu tersenyum sahaja.

Pada 12May2012 yg lepas, arwah tidak banyak bercakap. Arwah hanya senyap dan arwah tidak dpt meluangkan masa yang lama bersama kelurga kerana arwah kerja shift malam.

Dan aku juga tak sempat untuk bersalam dan mencium tangan arwah utk kali terakhir kerana aku sibuk dengan anak ku yg masih kecil.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ampunilah dosa-dosa arwah dan tempatkan arwah bersama org-org yang beriman disana
Al-fatihah






thanks for reading! xoxo

No comments:

Post a Comment

Hi. Please show your LOVE here.. xoxo

Related Posts with Thumbnails