Saturday, July 17, 2010

55 CARA GEMBIRAKAN HATI ISTERI TERSAYANG


1. Sebaik-baik sahaja pulang ke rumah, carilah isteri anda dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan tertentu, mendengar apa masalah yang dihadapinya sepanjang hari, cuba menyelesikan masalahnya, menunjukkan anda sedar dan faham apa yang dilakukannya hari itu.

3. Berikan padanya perhatian yang sebenar selama 1/2 jam setiap hari tanpa menunggu dia memintanya.

4. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan ulang tahun yang bermakna bagi anda berdua.

5. Jika pada suatu malam dia berasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak.

6. Tawarkan bantuan kepadanya apabila dia berasa letih dan penat.

7. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

8. Akui perasaannya apabila dia berasa marah.

9. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

10. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dan memberitahunya tentang hal itu.

11. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

12. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya: “Saya kasihan awak tersinggung.” Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan anda memahami.

13. Jangan cuba jelaskan pula bahawa rasa tersinggungnya bukan salah anda.

14. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya bahawa apabila anda samapi di rumah kelak, anda perlukan sedikit masa bersendirian untuk berfikir mengenai sesuatu.

15. Sekiranya perasaan anda telah reda, bercakaplah dgn dia tentang apakah yang menggusarkan anda dgn cara yg hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

16. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda menghangatkan jiwanya.

17. Andai kata dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan matikan TV. Berikan perhatian sepunuhnya.

18. Sekiranya dia yang selalu mambasuh pinggan mangkuk, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia mengosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

19. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jgn lupa pula membelinya.

20. Peluklah dia dgn 5 kali pelukan setiap hari. Waktu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Jika tidak berkesempatan. Himpunkan 2 atau 3 pelukan pad waktu yang terluang.

21. Telefon dia semasa anda berkerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan, “Abang sayang padamu.”

22. Katakan “Aku cinta padamu” sekurang-kurangnya sekali sehari.

23. Bantu dia untuk mengemas katil dan membersihkan bilik tidur.

24. Letakkan pakaian yang sudah patut dibasuh ke bakul yang dikhaskan.

25. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah yang baru dalam tong itu.

26. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum bersatu, jika itu yang dia suka.

27. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihaninya yang bukan bertujuan untuk bersatu.

28. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai, sekurang-kurangnya memegang tangannya ketika berjalan bersama.

29. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berdua di khalayak ramia.

30. Bila dia berasa marah pada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

31. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

32. Ambil tahu apakah makanan dan minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

33. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, asal tempat itu adalah tempat baik atau diharuskan.

34. Jadikan dia lebih penting daripada anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh.

35. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya dan warna, fesyen corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudian.

36. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

37. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

38. Biar dia tahu anda membawa gambarnya dalam dompet anda dan menggantikannya dengan gambar yang terbaru bila suda sampai masanya.

39. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti “Awak nampak gembira hari ini..” atau ” Awak nampak letih..” dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu aoa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

40. Solat bersama dan doa bersama.

41. Layanilah dia sebagaimana anda melayaninya semasa awal-awal perkahwinan.

42. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yg berat.

43. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

44. Sewaktu anda mendengar dia berkata-kata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan mengatakan “Betul kata awak..” Di masa sesuai, pegang dia apabila anda berkata kepadanya.

45. Tunjukkan minat anda pada apa yang dibuatnya pada hari itu, pada buku yang dibacanya atau pada orang yang dihubunginya.

46. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah seiring dengannya.

47. Berikan dia ciuman atau berikan salam atau “Selamat tinggal” bila anda mahu keluar.

48. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

49. Katakan terima kasihh bila dia membuat sesuatu untuk anda.

50. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

51. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

52. Belikan untuknya makanan yang digemari.

53. Minta pandangannya mengenai sesuatu dan hargai pandangannya.

54. Ramai lelaki menganggap yg penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara yang besar saja, tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan berasa dirinya dicintai. Bila dia berasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

55. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira, anda akan turut gembira. Anda akan rasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

thanks for reading! xoxo

10 comments:

  1. nnt ade bini nk buat mcm ni lah

    ReplyDelete
  2. kak alynne, huhu, yang slek nye ni, sy tak kahwin lagi lah.. kan best kalau dah kahwin ade suami yg caring loving romanting.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Anony: make sure treat ur wife keh!

    Ainz : hee~ xpe..one day ain akan ade suami yg caring loving romantic...ececece..

    ReplyDelete
  4. akak, ee singgah baca ni. tapi tak kahwin lagi. haha :P

    ReplyDelete
  5. org2 laki patut baca...hehe.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    CREAM PUFF

    ReplyDelete
  6. AMY: Aminnnnn
    EESYAHEERA: Xpe! Biar Kite Taw Dr Skrg (^_^)
    NABILAH: Hahaha Tuh La! Nnt Nk TAG Kaum Lelaki Lah
    DRILL_RED: Yup! ONE is referring to Mr A aite? lalala

    ReplyDelete
  7. You should also read the "55 Cara Gembirakan Suami Tersayang".

    Please bear in mind that a man is more than capable to love more than a woman at a time!!! In other words, a man simply knows more than 55 ways to make a woman feels like a real woman.

    So, if a woman demands a man to make her happy, a man can have more than a woman at a time to make him happy without demanding.

    ReplyDelete
  8. Hye My Anony
    TQ For Ur Comment
    'a man can have more than a woman at a time'
    Ok! In Real Life Most Of Them Want It That Way
    We call it as 'poligami'
    But I Believe in one thing,

    If a women treated her husband nicely (without any doubt), she will get it in return (^_^)

    Hee~ Again, TQ for ur comment and i respect ur words.

    ReplyDelete

Hi. Please show your LOVE here.. xoxo

Related Posts with Thumbnails